Tuesday, August 11, 2015

Menghilangkan dan melegakan batuk

Memandangkan cuaca di negara kita ni tak menentu, sekajap hujan, sekejap panas, bulan lepas, saya terkena batuk dan selsema...terpaksa jumpa doktor supaya tak melarat, tapi malangnya bila selsema hilang, batuk plak tak hilang2....bila saya kena batuk memang sangat teruk, boleh muntah2 di sebabkan batuk, tak boleh kena air cond, bau asap, memang akan batuk tak henti2...cara untuk tahan daripada batuk ialah makan gula2 hack atau gula2 yang berangin...bila habis gula2, akan batuk kembali, terseksa kan?

ubat batuk pun habis sebotol saya makan, antibiotik doktor pun habis, tapi batuk tak lega2 jugak...ubat batuk memang layan, sebab akan bagi kita mengantuk, dan saya akan rehat...tapi bila terjaga batuk balik...tapi kali ni, saya rasa sangat teruk sebab saya dapat rasa kahak, tapi susah hendak buang, doktor kata mcm ada penat sikit huhuhu...

bila habis ja ubat doktor, saya start makan supplemen shaklee...saya makan garlic, omega, vitamin c dan juga zinc....pada hari pertama makan, mcm tiada apa2 perubahan, tapi saya teruskan makan lagi untuk hari kedua...pada hari kedua, batuk saya makin berkurang...kahak pun senang di keluarkan...saya teruskan lagi, sehingga seminggu, saya up kan dos (untuk cara pengambilan dos supplemen untuk batuk, sila whatsapp saya yer 0195690004)...Alhamdulillah, syukur ya Allah, saya yakin sebab supplemen dapat membantu kurangkan batuk saya, dan saya yakin juga Allah lah yang menyembuhkan setelah usaha di lakukan ^^...

Jadi di sini, saya nak kongsikan kenapakah dan apakah sebabnya supplemen yang saya makan untuk melegakan batuk saya dapat membantu saya? jom kita baca huraian ni ^^

1. Garlic
Garlic adalah antibiotik selamat yang semulajadi...ia selamat di gunakan dalam jangka masa panjang untuk mempertingkatan sistem imun tubuh...selalu kalau antibiotik doktor, dia hanya ada tempoh tertentu sahaja kan, sama ada 5 hari atau seminggu saja kan, tapi garlic tak, dia boleh makan berpanjangan, sebab dia selamat dan dia tak mematikan bakteria yang baik...saya yakin dengan garlic ni juga sebagai penyebab batuk saya boleh sembuh ^^

2. Omega Guard
Omega guard membantu untuk memperbaiki tisu paru-paru. Dimana anda akan kurang diserang batuk jika tisu-tisu ini telah di perbaiki. Disamping itu Omega guard  juga memberikan rasa panas pada paru-paru, jadi inilah sebabnya mengapa kahak boleh mencair, selesema pun boleh pulih. Omega guard  boleh membantu meningkatkan imun sistem badan. Ianya sangat sesuai untuk anak yang demam, batuk & selsema.
Jadi memang tidak syak lagi Omega guard boleh membantu anda atau anak-anak anda pulih daripada batuk, selesema dan batuk berkahak, juga batuk berulang
3. Zinc
 Fungsi zinc ni adalah untuk mempertingkatkan sistem imun dan fungsi pemulihan.

4. vitamin C
Kalau kita selsema atau demam, rata2 mensarankan supaya makan vitamin C kan? sebabnya badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri, tapi tubuh kita perlukan vitamin c, jadi untuk dapatkan vitamin c pada tubuh, kita perlu makan buah oren atau supplemen...sebabnya vitamin c berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan kita, di mana vitamin c dapat membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan mengukuhkan sistem imun...sebab tulah vitamin c sangat penting ^^

Bila saya rasa macam nk demam atau selsema, saya akan cepat2 makan vitamin di atas ni, memang wajib ada di rumah saya...saya tak suka batuk, sebab saya takut batuk akan berjangkit pada anak kecil saya, tu yang paling saya takut...al maklumlah, saya bukan konsisten makan vitamin pun hehehe, tapi pada suatu2 masa, saya akan jadi konsisten hehehe....

Saya hanya berkongsi, jika hendak membeli shaklee dari saya dan dapatkan khidmat cara makan supplemen yang betul, boleh terus whatsapp saya yer (jangan call) 0195690004 :)

Dan saya kongsikan juga artikel mengenai batuk, sumber dari Kementerian Kesihatan

Batuk

Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim
Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.
Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali.
Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.




Photobucket

No comments: