Monday, February 17, 2014

Set Berpantang Shaklee

Tanggal 7 februari 2014, saya selamat melahirkan seorang baby girl dengan cara pembedahan disebabkan jalan laluan baby tak bukak...apa2 pun saya bersyukur dapat melahirkan lagi umat Nabi Muhammad, Alhamdulillah =)..

Mesti ada yang rasa macam ngerinya nanti masa berpantang jika bersalin cara pembedahan..ya la, tak sakit masa melahirkan, sebab di bius, selepas tu baru rasa sakit pada luka tu kan...

Ya, saya akui memang sakit pada hari pertama, kedua dan ketiga...sebab tak pernah dibedah, so tak tahu cara..cara untuk berjalanl bergerak,menjaga luka...

Lepas 3 hari di wad, sy dibenarkan keluar dari hospital..haaa masa di rumah lah saya start makan supplemen set berpantang shaklee ni...

Yang basic ada pada set ni
1. vitalea (multivitamin shaklee) di mana vitalea ni lengkap dgn vitamin, memberikan tenaga pada badan.
2. b complex - juga memberikan tenaga, meningkatkan metabolisma badan, dan juga dapat menenangkan fikiran =)
3. Sr vita c plus - nurse selalu pesan pada sy utk mkn sunquick yg manis,katanya untuk cepat menyembuhkan luka pembedahan...saya pilih vita c ni ^^...1 biji vita c = 7 biji oren, so??? Hehehe...
4. zinc complex - zinc terkenal dgn supplemen untuk imun badan, dan jangan lupa,zinc juga dapat membantu menyembuhkan luka dari dalam...orang tua2 selalu nasihatkan makan ikan haruan ketika berpantang, sebabnya ikan haruan kaya dengan zinc =)

Ini adalah set berpantang asas...saya juga ada mengambil ostematrix (kalsium shaklee) untuk kekuatan tulang, ye la, mana nak breastfeed anak lagi, kalsium sgtlah penting..mesti 1000 mg sehari...dan juga ESP shaklee...ESP bagus sebab dia adalah protien, di mana protien dapat membantu untuk menggantikan sel2 yang baru...

Alhamdulillah...harini dah masuk 10 hari saya berpantang...rasa bertenaga...susu badan pun meriah...mula2 rasa giveup jugak, susu kurang, tapi kena minum air byk, makan makanan yg berkhasiat, insyaAllah bkn lg alasan xdak susu ^^

Dalam 10 harini jugak sy boleh melakukan kerja2 rumah, lagi byk bergerak lagi bagus, supaya darah dapat mengalir dalam badan dgn eloknya, tp slow2 la hehehe...luka jahitan pada pembedahan pun dah kering elok..hari2 nurse datang check, dia kata cepat baik luka ek...sy senyum saja...

Jadi, apa yang baik, saya kongsikan bersama ^^..

No comments: